kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Thursday, December 29, 2011

Jika

"Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah;
Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya.
Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya."

Sunday, December 25, 2011

renung-renungkanlah dari iman

'Di akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum (kumpulan)orang-orang yang masih muda dan bodoh cara berfikirnya (cetek ilmu agamanya), mereka bercakap seperti gaya sebaik2 manusia tetapi iman mereka sangat lemah.Mereka sebenarnya keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya.Di mana sahaja kamu menjumpai mereka,maka sesungguhnya membunuh mereka mendapat ganjaran di hari kiamat nanti....(HR. BUKHARI DAN MUSLIM)

Saturday, December 17, 2011

Dirawikan dari Hatim Al-Ashom.Ketika tiba solat:

*Kusempurnakan wuduku.
*Pergi ketempat solat.
*Diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku.
*Lalu kudirikan solat.
*Jadikan Kaabah di depan mataku.
*Sirat di bawah tapak kakiku.
*Syurga di kananku.
*Neraka di kiriku.
*Malaikat maut dibelakangku.
*Dan kukira itu solatku yang terakhir.
*Kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut.
*Takbir dengan bersungguh-sungguh.
*Membaca dengan tartil.
*Rukuk dengan tawadhuk.
*Sujud dengan khusyuk.
*Aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas.
*Dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak.

Rasulullah SAW bersabda:


'Tidakkah kuberitahukan tentang pencuri terburuk?'

Mereka bertanya,

'Siapa dia ya Rasulullah?

'Baginda berkata,

'Orang yang mencuri solatnya.

'Mereka bertanya lagi,

'Bagaimana dia mencuri solatnya?

'Rasulullah SAW menjawab,

'Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.

ISLAM MELARANG UMATNYA UNTUK MEMOHON MATI...

Rasulullah s.a.w Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah”
[Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim] 

Thursday, December 15, 2011

peringatan untuk diriku dan muslimah

Umat Islam seharusnya sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang solehah, yang taat kepada-Nya dalam melakukan amal. Untuk itu setiap kita mesti mencari ilmu agar amal ibadah yang dilakukan menepati kehendak Allah. Walaupun kedudukan
ilmu lebih didahulukan berbanding ibadah, seseorang hamba Allah itu tetap tidak terlepas dari kewajipan beribadah sesuai dengan ilmu yang diperolehinya.

Tuesday, December 13, 2011

renung-renungkan

Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu boleh menjadi angkuh dan sombong. Di antaranya ialah :


 1)sebab utama orang itu menjadi sombong dan angkuh ialah disebabkan tiadanya iman yang teguh didalam hati sehingga dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan berbangga dengan kelebihan yang ALLAH berikan kepadanya tanpa merasakan itu semua adalah pemberian ALLAH untuk sementara waktu sahaja untuk menguji dirinya sama ada dirinya bersyukur atau kufur.


 2). Dia berasal daripada keluarga yang berpangkat dan berharta.


 3). Dia memiliki kecantikan rupa lebih daripada orang lain.


 4). Dia mempunyai kekeuatan dan kekuasaan.


 5).Dia memiliki pengetahuan yang tinggi.




ALLAH telah berfirman yang bermaksud:


  "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tiada menyukai orang-orang yang sombong lagi angkuh."

sekuat...

sekuat mana kita setia,
sehebat mana kita merancang,
sejauh mana kita menunggu,
sekeras mana kita bersabar,
sejujur mana kita menerima,
jika ALLAH tidak menulis sesuatu itu bukan untuk kita,
kerana ALLAH ada perancangan yang baik untuk kita.

bilaa...

‎~✿..Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, 
~✿..Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... 
~✿..Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... 
~✿..Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, 
~✿...Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..