kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Monday, February 27, 2012

11 orang yg didoakan oleh para malaikat..

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat..
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan    kekosongan di dalam saf)..
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah..
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah..
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan..
9. Orang yang membelanjakan harta (infak)..
10. Orang yang sedang makan sahur..
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Monday, February 20, 2012

Disini ana sertakan tips buat panduan kita bersama..

1.kunci syurga: mengesakan ALLAH
2.Kunci kemuliaan: taat kepada ALLAH dan RASULNYA
3.Kunci Ilmu: bertanya dan mendengar dgn baik
4.Kunci kehidupan hati: merenungi AL-QURAN, MENGADU Kpd ALLAH pd waktu sblm fajar, dan meninggalkan dosa.
5.kunci keimanan: berfikir tentang Ayat-ayat ALLAH & makhluk2 ciptaanNYA
6.Kunci kebajikan: kejujuran
7.kunci kemenangan dan kesuksesan:kesabaran
8.kunci rezeki: berusaha disertai dengan beristighfar dan bertakwa
9.kunci bertambahnya nikmat:bersyukur
10.kunci mencintai akhirat: zuhud terhadap dunia
11.kunci agar dikabulkan oleh ALLAH: berdoa dan bersabarlah terhadap apa yg menimpa kamu..(Lukman:17)

Thursday, February 16, 2012

Siapakah Luqman Al-Hakim ?

                                 


 Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba kepada seorang kaya yang telah mendapat sanjungan dan pujian daripada Allah. Nasihat-nasihat  yang diberikan kepada anaknya telah diwahyukann oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w . Nasihatnya itu terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Ianya menjadi perintah Allah yang patut kita pelajari dan taati. Nasihat-nasihatnya umpama butir-butir mutiara yang sangat berharga kepada kaum muslimin, terutama anak-anak sebagai generasi muslimin di masa akan datang.




 Namanya yang sebenar ialah Luqman. Al-Hakim itu ialah gelarannya. Perkataan Al-Hakim berasal dari perkataan  "Al-Hikmah" yang bererti bijaksana dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Akhlaknya sesuai dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Beliau sangat mencintai Allah dan taat kepada-Nya setiap masa. Beliau takut untuk melakukan perbuatan yang dilarang
oleh Allah dan tidak pernah lupa untuk memuji serta bersyukur kepada Allah.




 Rasulullah s.a.w pernah menyebut tentang Luqman Al-Hakim di dalam hadisnya. Seorang perawi hadis yang bernama At-Tabrani  meriwayatkan bahawa tiga orang sudan (berkulit hitam) yang menjadi penghulu di syurga ialah Luqman Al-Hakim, An-Najasyi dan Bilal. An-Najasyi ialah raja negeri Habsyah yang telah memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negerinya.Bilal ialah tukang azan atau muazzin Rasulullah s.a.w .




 Pada suatu hari Luqman disuruh oleh tuannya menyembelih seekor kambing.Tuannya meminta Luqman mengeluarkan dua keping daging yang sangat besar khasiatnya. Setelah Luqman mengeluarkan lidah dan dan hati kambing tersebut. Beliau memasak dan menghidangkan kepada tuannya.






 Kemudian pada suatu hari yang lain, tuannya menyuruh Luqman sekali lagi untuk menyembelih sesekor kambing.  Kali ini dia menyuruh Luqman mengeluarkan dua keping daging yang paling menjijikan. Sekali lagi Luqman yang bijaksana itu pun mengeluarkan lidah dan hati kambing . Beliau memasak dan menghidangkannya.


 Tuannya merasa hairan dengan perbuatan Luqman itu.Lalu dia memanggil dan bertanya  kepada Luqman :




     "Wahai Luqman,bila saya meminta engkau mengeluarkan dua keping daging yang paling baik, engkau mengeluarkan lidah dan hati .Sekarang ini saya meminta engkau mengeluarkandua keping daging yang menjijikan, engkau mengeluarkan lidah dan hatinya juga.Bolehkah engkau terangkan apakah maksudmu ? "






Luqman Al-Hakim menjawap :




   "Wahai tuanku, memanglah lidah dan hati itu adalah dua bahagian yang paling baik jika seseorang itu pandai memeliharanya. Akan tetapi jika seseorang itu tidak pandai  memelihara dan mengawalnya maka kedua-duanya boleh membinasakan dirinya. Hati dapat menimbulkan niat yang ikhlas dan baik. Ia juga bolah menimbulkan niat yang buruk dan jahat,curang dan dengki.Lidah pula boleh menuturkan kata-kata yang baik dan manis. Ia juga boleh memberi pengajaran kepada manusia. Sebaliknya ia juga boleh mengeluarkan kata-kata yang kotor dan keji. Ia juga boleh menyebabkan permusuhan sesama manusia. Disebabkan lidah, manusia boleh berperang dan bunuh-membunuh."




  Walaupun Luqman Al-Hakim seorang hamba yang terpaksa membuat kerja-kerja yang berat,namun beliau tetap menjalankan tugas dan tanggungjawap sebagai seorang bapa. Beliau ingin melihat anaknya menjadi seorang hamba Allah yang salih di dunia ini dan di akhirat nanti.




 (Surah Luqman ayat 12-19)


  Dan sesungguhnya kami telah memberikan hikmah Kami telah memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman iaitu: "Syukurlah kepada Allah . Barang siapa yang bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan barang siapa yang tidak mahu bersyukur, sesungguhnya Allah itu Mah Kaya lagi Terpuji."(ayat 12)




  "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi  pangajaran kepadanya : "Hai anakku, janganlah engkau menyirikkan Allah. Sesungguhnya mensyirikkan Allah itu adalah sesuatu kezaliman yang besar."(ayat 13)




  "Dan kami amanatkan kepoada manusia (supaya berbuat baik) terhadap kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah, dan ia menyampihnya selama dua tahun. Bersyukur kapada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada-Ku tempat kembalimu."(ayat 14)






  "Dan  jika keduanya memaksamu untuk mensyirikkan dengan-Ku sesuatu yang kamu tidak ada pengetahuan tentang itu, maka janganlah kamu mengikut keduanya, dan pergauilah keduanya itu di dunia dengan baik. Dan ikutilah jalan-jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembalimu, maka Aku akan berikan (ganjaran) apa yang telah kamu kerjakan."(ayat 15)




  "(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sebesar sebiji sawi, berada di dalam batu atau di langit atau dio dalam bumi nescaya Allah akan (pembalasnya-Nya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (ayat 16)




  "Hai anakku dirikanlah solat, suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan laranglah mereka daripada perbuatan mungkar dan besabarlah terhadap apa  yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam hal-hal yang diwajipkan (oleh Allah). (ayat 17)




  "Dan janganlah kamu memalingkan muka mu daripada manusia (sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang sombong lagi membanggakan diri."(ayat 18)




  "Dan sederhanalah di waktu kamu berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah keldai." (ayat 19)




  Di dalam ayat-ayat yang kita baca di atas tadi, Allah s.w.t. telah menerangkan kepada kita  kisah seorang lelaki yang bernama Luqman Al-Hakim. Beliau sangat mengambil berat tentang pendidikan anaknya. Nasihat dan pengajaran Luqman Al-Hakim kepada anaknya telah dijadikan Allah sebagai perintah-Nya. Daripada ayat-ayat di atas terdapat sepuluh perkara yang perlu kita pelajari dan amalkan di dalam hidup seharian kita.