kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Saturday, June 16, 2012

HUKUM BERPURDAH

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.

MODE: BACA DAN FAHAMKAN. JANGAN MENGHUKUM SEBELUM APA-APA. (^_^)

Wednesday, June 13, 2012

Ya Tuhanku,berikanlah kepadaku
hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan oran-orang yang shalih, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang- orang (yang datang) kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai surga yang penuh keni'matan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (QS. Asy-Syu'ara:
83-85 dan 87)

Tuesday, June 12, 2012

‎'.......Kamu hendaklah tetap dgn Islam dan Pemimpin2 umat Islam walaupun terpaksa memamah ubi kayu. Jangan sekali2 kamu tunduk kpd kebatilan dan perkara2 yang bercanggah dgn hukum2 Allah S.W.T.'
(Hadis daripada Huzaifah Ibn Al-Yaman)




Wanita suka lelaki yang tinggi, atau lelaki yang tinggi imannya?
Wanita suka lelaki yang hensem, atau lelaki yang hensem akhlaknya?
Wanita suka lelaki yang tegap, atau lelaki yang tegap akidahnya?
Wanita suka lelaki yang comel, atau lelaki yang comel ibadatnya?
Wanita suka lelaki yang cool, atau lelaki yang cool kesabarannya?
Wanita suka lelaki yang putih, atau lelaki yang putih hatinya?
Wanita suka lelaki yang cute, atau lelaki yang cute tawadduknya?
Wanita suka lelaki yang kaya, atau lelaki yang kaya ilmunya?
Wanita suka lelaki yang pemalu, atau lelaki yang pemalu kpd dosanya?
Wanita suka lelaki yang gagah, atau lelaki yang gagah melawan nafsunya?

Sunday, June 10, 2012

Rasululullah SAW brsabda: "Tahukah engkau apa hak tetangga itu? "jika dia meminta tolong kamu mesti menolongnya,jika dia minta bantuan,kamu bantu dia,jika dia meminjam,pinjamlah dia,jika dia memerlukan sesuatu sediakan untuknya,jika dia sakit kamu ziarahi,jika dia mati kau hantarkan jenazahnya,jika dia mendapat kebahagiaan ucapkan selamat untuknya,jika ditimpa musibah kat takziahi,jangan kau tinggikan bangunamu hingga menghalangi angin kepadanya,akan tetapi dibolehkan bila dapat izinnya dan jangan kau sakiti dia,jika kau membeli buah2an hadiahkan kepadanya,jika tidak kau lakukan,masukan saja ia dgn sembunyi2..jangan sampai anakmu membwanya keluar hingga sebab itu anaknya jadi benci,dan jangan pula bau masakanmu menyakitkannya,kecuali kau ambilkan sebahagiannya dan berikan kepadanya."kemudian baginda bersabda,"Tahukah engkau akan hak tetangga.?Demi zat yang aku dalam kekuasaan Nya,tidak memberikan hak tetangga melainkan orang yang dikasihi ALLAH.."

Saturday, June 9, 2012

Ujian Tuhan sememangnya tidak akan pernah sunyi. Akan sentiasa datang dan pergi. Seperti air laut, ada pasang dan surutnya. Ada yang mendapat musibah, ada yang mendapat nikmat. Ada yang merasa berduka, ada pula yang dapat tersenyum bahagia. Walau apapun, selagi insan itu hidup, selagi ia bergelar hamba Tuhan, selagi itu dia akan terus diuji dan diuji.


Kita sebagai manusia perlu menempuhi semua cabaran dengan sabar,tenang,tabah dan IMAN YANG KUKUH.

Untuk memantapkan iman kita perlu : 1) solat waktu
                                                             2)menghormaiti kedua ibu bapa
                                                             3)berselwat pada Rasulullah
                                                             4)istigfar
                                                             5)berzikir
                                                             6)berbuat baik
                                                             7)menjaga kebersihan
                                                             8)bersedekah dan sebagainya

Monday, June 4, 2012

KATA


Kata Bomba → cinta tak boleh
dipadam
Kata Polis → cinta itu sukar
ditangkap
Kata Ustaz → cinta itu anugerah
Kata Doktor → cinta tak dapat
untuk diubati
Kata Guru → cinta tak boleh untuk
di pelajari
Kata Hakim → cinta tak boleh
dihukum
Kata Orang → cinta itu indah
Kata Ulama →cinta pada ALLAH
SWT akan kekal abadi buat
selamanya......

Diet Cara Rasulullah SAW
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. 

Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. 

Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda Nabi SAW : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"