kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Wednesday, November 6, 2013

7 golongan yg mendapat NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT:


SEORANG ANAK BERTANYA KEPADA IBUNYA..
"Ummi..boleh tak saya nak jadi lelaki yg dapat naungan Allah?"

7 golongan yang mendapat NAUNGAN ALLAH DI AKHIRAT:
1. Pemimpin Adil..
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah..
3. Orang yang hatinya terkait pada masjid..
4. Dua orang yang berkasihan bersahabat kerana Allah,,tak berjumpa dan berkumpul kecuali semata2 kerana Allah. Contoh : Hubungan Nabi SAW dan para Sahabat..
5. Orang yang berzikir di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata takut kepada Allah..
6. Lelaki yang menolak ajakan zina wanita cantik dan kenamaan kerana takutkan Allah..
7. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disumbangkan oleh tangan kanan...

(HR Bukhari dan Muslim)

Tuesday, November 5, 2013

10 TANDA-TANDA HATI KITA MATI


1- Mengaku kenal Allah SWT,tetapi tidak menunaikan hak-hak/perintahNya..
2- Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3- Membaca al-Qur'an, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4- Memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri pemberianNya.
5- Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6- Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7- Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
8- Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9- Menyibukkan diri untuk membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10- Menghantar dan menguburkan jenazah saudara seIslam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya…

Semoga kita dijauhi dari segala yg merusak hati kita menjadi Mati..

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Sunday, November 3, 2013

Himpunan kata

Dengan cinta kenal Pencipta.. Dengan cinta kenal RasulNya.. Kerana cinta kenal saudara... Bahagia keluarga.... Di batasan cinta syariat terjaga Tanpa keraguan tanpa kesangsian Betapa sucinya kasihMu Tuhan.. Betapa agungnya kebesaranMu.. Diri ini mengharapkan cintaMu.. Kekalkanlah rasa kehambaan ku.. Kekalkanlah rasa kehambaan ku..

"Kite bercinta tidak semestinya kena couple, Rasulullah saw tidak melarang umat nya bercinta tapi Rasulullah saw melarang umat nya BERCOUPLE kerna couple tu boleh membawa diri kita mendekati ZINA"..


- Berzikirlah selagi ada nyawa - Bertaubatlah selagi ada keampunan - Berfikirlah selagi minda masih waras - Berjihadlah selagi ada keberanian - Berpesan-pesanlah selagi masih bertaqwa - Berhiburlah selagi ia tidak menyimpang dari syariat islam.
insyaALLAH...

Tudung oh Tudung




























Pada suatu hari,telah didatangi seorang anak-anak kecil.

Dengan berkata:
"salam akak..nak tanya,kita perempuan memang kena pakai tudung labuh ke?? dan kenapa saya lihat ramai orang dewasa tidak pakai tudung kalau ada pakai pun ada sanggul yang tinggi bagaikan bogol unta,adakah ianya haram??"

Jawapan yang diberi:
tudung labuh itu tidak wajib.tetapi lebih baik bertudung labuh.Tiada dalil yang mewajibkan bertudung labuh.referlah pada al-quran dik..
dalil quran menyebut : 


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka

 [TMQ An-Nur (24):31]. 

dan dari surah al-ahzab ayat 59:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

pakailah tudung macam mana pun dik..
asalkan..

1)tidak jarang
2)tiada 'bonggol unta'
3)melepasi bahu dan dada
4)tidak melekat sehingga menampakkan bentuk leher dan dada
5)tidak 'tabaruj'(menunjuk-nunjuk/bergaya)



HARAM : jika bersanggul tinggi bagaikan bogol unta itu dik...


kan comel dan sejuk mata bila pandang orang memakai tudung lagi-lagi berpakai jubah seperti adik ni ^__^ . 




Seorang gadis yang SAYANG kepada AYAHnya pasti akan menutup AURAT kerana dia TIDAK mahu ayahnya diSERET ke dalam API NERAKA ...

Begitu juga ISTERI yang SAYANG SUAMInya pasti akan menutup AURATnya di hadapan umum kerana tidak mahu suaminya juga diSERET ke dalam API NERAKA...

jika anda sayangkan mereka..BUKTIKANLAH!!

Thursday, October 31, 2013

Sifat ikhlas LILLAHI TAALA itu PENTING & BEHARGA

    Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan dari Syufai al-Ashbahi bahawa suatu ketika, ia masuk ke kota Madinah. Di sana, ia melihat ada seseorang yang sedang dikerumuni oleh banyak orang.

 Syufai bertanya:
 “Siapakah orang itu ?

Mereka menjawab;
 “Abu Hurairah.” 

Syufai berkata:
 “Aku segera mendekatinya dan duduk di hadapannya.”

    Saat itu, Abu Hurairah masih sibuk menyampaikan hadith kepada orang ramai yang mengelilinginya. Setelah selesai mengajar dan semua orang telah pergi, 


aku berkata kepadanya:
 “Aku memohon kepadamu dengan sebenar-benarnya, sampaikanlah kepadaku sebuah hadith yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang mudah kuhafal dan kufahami.

    Abu Hurairah berkata:

 “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan mudah untuk kau hafal dan kau fahami.”

     Tiba-tiba, Abu Hurairah terisak-isak sehingga nyaris pengsan. Tidak lama kemudian,


 Abu Hurairah sedar kembali seraya berkata:
 “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw di rumah ini, dan ketika itu hanya ada kami berdua,”

 Kemudian Abu Hurairah terisak-isak lagi, dan setelah sedar kembali, ia mennyusap wajahnya, lalu berkata,
 “Aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw. Ketika itu, hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.”

       Abu Hurairah terisak-isak lagih, lalu setelah sedar, ia mengusap wajahnya dan berkata:

 “Baiklah, aku akan sampaikan sebuah hadith yang aku dengar dari Rasulullah saw dan saat itu hanya aku dan beliau yang berada di rumah ini.”
 Abu Hurairah terisak-isak lebih keras, lalu tubuhnya terkulai pengsan. Aku menyandarkan tubuhnya kepada tubuhku dalam waktu yang cukup lama.

      Setelah sedar kembali, Abu Hurairah berkata : 


“Rasulullah saw berkata kepadaku bahawa apabila hari kiamat tiba, Allah akan turun untuk menemui hamba-hamba-Nya untuk mengadili mereka. Saat itu, setiap makhluk tertunduk pasrah.Orang pertama yang dipanggil oleh Allah adalah orang yang menguasai Al-Quran, orang yang terbunuh dalam perang dijalan Allah, dan orang yang kaya-raya.“


        Allah bertanya kepada orang yang menguasai Al-Quran: 

“Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu Al-Quran yang diturunkan kepada RasulKu?”

 Ia menjawab:
 “Benar, wahai Tuhanku.”

 Allah bertanya lagi: 
“Apa yang kamu lakukan dengan apa yang telah Kuajarkan kepadamu itu?”


 Ia menjawab, 
“Aku membacanya sepanjang siang dan malam.” 

Allah befirman: 
“Kamu berbohong.” 

Malaikat pun menimpali: 
“Kamu berbohong.” 

Allah melanjutkan:
 “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan bacaanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai pembaca (penghafal) Al-Quran. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

      Lalu orang yang kaya-raya dipanggil.


 Allah bertanya kepadanya:
 “Bukankah Aku telah membuat hidupmu senang, sehingga kamu tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun?”

 Ia menjawab:
 “Benar, wahai Tuhanku.”

 Allah bertanya lagi: 
“Apa yang kamu lakukan dengan harta yang telah Aku berikan kepadamu?” 

Ia menjawab:
 “Aku menggunakannya untuk menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) dan bersedekah” 

Allah befirman:
 “Kamu berbohong.”

 Malaikat pun menimpali:
 “Kamu berbohong.”

 Allah melanjutkan:
 “Sebenarnya, yang kamu inginkan dengan perbuatanmu itu, adalah agar kamu dikenal sebagai orang yang dermawan. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

    Lalu orang yang terbunuh dalam perang di jalan Allah dipanggil. 


Allah bertanya kepadanya:
 “Kenapa kamu terbunuh?”

 Ia menjawab:
 “Aku diperintahkan agar berjihad dijalanMu, maku aku pun ikut berjihad hingga terbunuh.”

 Allah befirman:
 “Kamu berbohong.” 

Malaikat pun menimpali:
 “Kamu berbohong.”

 Allah melanjutkan:
 “Sebenarnya, yang kamu inginkan dari pengorbanan itu adalah agar kamu dikenal sebagai seorang yang gagah berani. Dan gelaran itu telah kamu dapatkan.“

Kemudian Rasulullah saw menepuk lutuku seraya bersabda:

 “Hai Abu Hurairah, mereka bertiga adalah makhluk Allah yang pertama dijerumuskan ke dalam neraka pada hari Kiamat.“

(Dipetik dari Sunan Tirmidzi, tahqiq: Ahmad Syakir, no. Hadith 2382. Abu Isa at-tarmidzi berkata, “Hadith ini adalah hadith Hasan Gharib.”)

Thursday, October 24, 2013

Wanita pertama mati syahid : Sumayyah binti Khayyath,

        syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

        Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

          Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

          Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

         Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

        Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.

       Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

         Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

          Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

              Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

            Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

          Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

            Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2)

Sunday, October 20, 2013

cara menunaikan solat jenazah

kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri? Kita juga ada perasaan kasihan pada si mayat dan ingin melaksanakan solat jenazah tapi tidak tahu bagaimana caranya..

Persediaan solat jenazah:


Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

    Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang   menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.



2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.





4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.



5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.





6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
________________________________________________________________________________

   Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dihasilkan setelah merujuk dua ustaz yakni Ustaz Nor Amin dan Ustaz Azhar Idrus.
Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Quran cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya.

Saturday, October 19, 2013

CARA BERKASIH SAYANG mengikut SUNNAH RASULULLAH SAW:

1. Tidur satu selimut bersama isteri 
2. Memakai wangi-wangian 
3. Mandi bersama isteri 
4. Menyikat rambut suami 
5. Membantu isteri di dapur 
6. Minum bergantian pada tempat yang sama 
7. Membelai isteri 
8. Tidur dipangkuan isteri 

9. Memanggil dengan kata-kata mesra 
10. Berjalan berpegangan tangan

Friday, September 13, 2013

Perbezaan antara IBADAT dengan ADAT

IBADAT

1.Ditentukan oleh syariat.(contoh: solat 5 waktu)
2.Tidak boleh diubahsuai.
3.Terdiri daripada perkara wajib dan sunat.
4.Mendapat pahala daripada ALLAH S.W.T .
5.Berdasarkan Al-Qur'an dan hadis.

ADAT

1.Menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian sesuatu umat.
2.Berubah mengikut budaya sesuatu masyarakat.
3.Terdiri daripada perkara harusl(misalnya,makan dengan membaca doa,menggunakan tangan kanan dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W akan mendapat pahala)
4.Mendapat pahala mengikut niat.(mendapat pahala sekiranya niat yang baik dan membaca basmallah.
5.Ada yang bersesuaian dengan Al-Qur'an dan hadis dan ada yang bertentangan.
 Misalnya:   -adat bersanding(adat hindu)
 -melenggang perut
 -panggil bomoh
 -membaca jampi serapah
 - mak andam yang membaca jampi serapah
 -sihir- minyak-minyak ,air
 - Menyambung rambut dengan rambut palsu

Tuesday, September 10, 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula ker...
janya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


TAKBIR!!!

ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR,ALLAHU AKBAR

AMALAN SEDEKAH PALING AFDHAL ,PADA BULAN RAMADHAN AMALAN

Tetapi kita lihat ramai umat islam ikut adat melayu iaitu memberi duit pada bulan syawal. ini juga merupakan sedekah dan tidak menyalahi dalam agama Islam.InsyaAllah...sebaik-baiknya berilah pada bulan Ramadhan,dan berterusan sepanjang hari walaupun sedikit ianya ikhlas kerana ALLAH S.W.T

Bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati bukan Riak atau menunjuk-nunjuk semata-mata agar di puji oleh manusia lain dan Ingatlah disisi Allah SWT dia seorang yang rugi dan muflis.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka. Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan. Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata:
 “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibrail menemuinya. Jibrail biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibrail menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah walau pun sedikit, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Thursday, July 18, 2013

Nabi Musa a.s dengan wanita penzina

  Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?”
tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata 

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” 

(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: 

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”


Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

"Demikianlah Kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita sebagai umat islam dan timbul niat mulia untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah...Marilah kita bersama-sama menjadi Islam dari segi perbuatan bukan nya melalui keturunan"