kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Thursday, May 30, 2013

17 Orang Yang Dianggap MATI KHUSNUL KHATIMAH ♥ ( Mati dalam KEADAAN BAIK )

1) Sempat Mengucap 2 Kalimah Syahadah/Kalimah Toyyibah/Iman.
2) Berpeluh dahi. 
Sabda Rasulullah saw : "Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi." (Hr Ahmad & Tirmidzi)

3) Mati pada malam/hari JUMAAT. 
Sabda Rasulullah saw : "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan ALLAH akan menjaganya dari fitnah kubur."

4) Mati di medan perang kerana membela Agama ALLAH

5) Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:


Akan diampuni dengan serta-merta dosanya serta diperlihatkan tempat   duduknya di syurga (KECUALI mereka yang masih ada urusan HUTANG)
Diselamatkan dari seksa kubur
Aman dari ketakutan yang teramat besar & dahsyat
Diperhiasi dengan iman
Dikahwinkan dengan
BIDADARI (semiskin-miskin ialah 49 bidadari)
Dapat memberi SYAFAAT kepada 70 orang keluarganya. (Hr Tirmidzi,Ahmad &Ibnu Majah)

6) Mati kerana melahirkan ANAK

7) Mati kerana TAUN. 
Sabda Rasulullah sa
w : "Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin." (Hendaklah sabar dan redha menanggungnya) (Hr Muslim)

8) Mati akibat SAKIT PERUT maka ia mati syahid.
Sabda Rasulullah saw : "Dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati SYAHID." (Hr Muslim)

9) Mati tenggelam dan tertimbus oleh bangunan.

10) Mati TERBAKAR (Hr Tabrani)

11) Mati dalam NIFAS (Hr Tabrani)

12) Mati kerana sakit TB. 
Sabda Rasulullah saw : "Orang yang mati kerna menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid." (Hr Tabrani)

13) Mati akibat luka PERANG di jalan ALLAH
Sabda Rasulullah saw: "Barangsiapa yang luka kerana perang dijalan ALLAH itu mati, maka ia bererti mati syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apapun yang dikehendaki oleh ALLAH
, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga." (Hr Daud)

14) Mati mempertahankan HARTA. (Hr Bukhari)

15) Mati kerana MEMPERTAHANKAN DIRI. 
Sabda Rasulullah saw : "Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darah (dirinya) maka ianya mati syahid." (Hr Abu Daud)

16) Mati dalam BERSIAP-SIAP untuk berperang di jalan ALLAH.

17) Mati ketika SEDANG BERAMAL SOLEH, seperti sedang MENUNTUT ILMU (Ilmu yg dibolehkan ISLAM) di MASJID atau SEDANG BERDAKWAH

Dari Abu Laith berkata:
Barangsiapa yang ingin selamat dari SEKSA KUBUR maka HARUSLAH ia melakukan 4 PERKARA & meninggalkan 4 PERKARA

AMAL :
Jaga SOLAT 5 WAKTU
Banyak BERSEDEKAH
Banyak BACA AL QURAN
Banyak BERTASBIH

TINGGALKAN :
Meninggalkan DUSTA/TIPU
Meninggalkan sifat KHIANAT
Meninggalkan sifat MENGADU-DOMBA
Tidak MENJAGA AIR KENCING (air kencing tidak betul-baetul bersih)

# Selamat kita BERAMAL BERSAMA2, semoga ALLAH izinkan kita mati KHUSNUL KHATIMAH, Allahumma Aamiin #

No comments:

Post a Comment