kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Monday, June 16, 2014

“PARA SAHABAT SEBAGAI GENERASI KHAIRA UMMAH

Para sahabat Nabi Muhammad, ke atasnya salawat dan salam, adalah golongan yang disebutkan dalam Al-Quran sebagai "Khaira Ummah" iaitu sebaik-baik ummat. Antara sifat terpuji mereka yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah seperti berikut: 

Pertama: 
Mereka iltizam melaksanakan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar. Ertinya mereka sentiasa melaksanakan perintah menyebarkan dakwah di kalangan manusia, menyuruh kepada perkara yang baik dan tidak mendiamkan diri merasa selesa jika berhadapan dengan perkara yang mungkar di mana dan siapa sahaja yang melakukannya.

Kedua:
Mereka mempunyai keimanan yang sangat tinggi kepada Allah dan RasulNya.

Ketiga:
Para sahabah mempunyai sifat saling menyayangi di kalangan mereka yang sesama Islam, sebaliknya mereka sangat tegas dan keras terhadap kuffar yang memusuhi Islam.

Mereka juga adalah generasi yang sangat kuat beribadah kepada Allah.

No comments:

Post a Comment