kelopak bunga berguguran

Follow by Email

Wednesday, October 22, 2014

Tawaran ke Institut Profesional Baitul Mal

Asslamulaikum w.b.t ,
Khusus bagi sesiapa lepasan SPM yang miskin yang mahu sambung pengajian tetapi tak mampu,

MOHON SAHABAT-SAHABAT BANTU SEBARKAN TAWARAN MASUK INSTITUT PROFESIONAL BAITUL MAL DENGAN BIASISWA BAITULMAL UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM
 DARI KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH BAGI NOVEMBER 2014 Setiap tahun hampir setengah juta pelajar mengambil peperiksaan SPM. 

Daripada jumlah tersebut lebih 100,000 mendapat tempat di IPTA termasuk di universiti, universiti Kolej, ILKA dan politeknik. 

Selain nya akan memasuki IPTS manakala ramai lagi yang terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran kerana kurang kemampuan atau kerana kelayakan akademik tidak memenuhi syarat.

Institut Profesional Baitulmal membuka peluang kepada pelajar pelajar miskin dan mereka yang mendapat keputusan yang tidak memenuhi syarat kelayakan di IPTA untuk memohon pakej biasiswa Baitulmal bagi sesi 2014/2015. 


Pakej yang di sediakan untuk mereka yang memenuhi syarat had kifayah ialah 1.
Yuran Pengajian RM3000 semester di kecualikan 


2. Di berikan wang sara diri RM3000 setiap semester Selain daripada itu penginapan juga di sediakan.

Mereka yang memiiki keputusan SPM sekurang kurangnya 5 kredit termasuk Bahasa Inggeris, Matematik, dan BM boleh memohon program Diploma(2 2/12 tahun) dan Profesional CAT(1 1/2 tahun). 


Yg memperolehi sekurang kurangnya 3 kredit boleh memohon program pra perdagangan(setahun) Mereka yang memiliki keputusan sekurang kurangnya 2 kredit dan lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan BM boleh memohon program Profesional LCCI(1 1/2 tahun). 


Untuk program Diploma dan LLCI serta CAT, pendaftaran di buka sekarang.
Permohonan boleh di buat secara online di www.ipb.edu.my atau datang terus ke kampus yang terletak di Jln Perkasa, Off Jln Kg Pandan, Kuala Lumpur. 


Tarikh mendaftar bagi program usahasama UiTM dan Profesional pada 24 November 2014. 


Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-92814054
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. 

PENDIDIKAN MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA 
Tolong share Dr Syed Omar Syed Agil Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal

No comments:

Post a Comment